Aktiviti Terkini 2017

1

06 & 13 Julai 2017 (Khamis)
Sambutan Minggu Penghayatan Imam Al-Bukhari
6.30 Petang & 8.30 Malam
Kompleks Yayasan Sofa
Klik untuk maklumat lanjut.

2

08 Julai 2017 (Sabtu)
Kursus Haji & Umrah 1438H
9.00 Pagi - 4.00 Petang
Kompleks Yayasan Sofa
Klik untuk maklumat lanjut.

3

Semak Permohonan Secara Online
Para ibubapa yang telah membuat permohonan untuk kemasukan ke STIAS dan DaQWaH kini boleh membuat semakan status permohonan mereka di sini

Pengenalan

Sofa Education Group (SEG)

Selari dengan kedudukan istimewa Malaysia sebagai sebuah negara bermasyarakat majmuk berbilang agama dan kaum yang sejak sekian lama hidup aman damai dinaungi oleh sifat Wasatiyyah Islamiyyah dengan termaktubnya Islam sebagai agama rasmi. Maka penubuhan SEG menepati agenda pendidikan negara yang bertujuan untuk meneruskan keistimewaan Wasatiyyah Islamiyyah dengan mendidik, membentuk, menyedia dan melahirkan para graduan yang memiliki keterampilan profesional, intelektual dan spiritual yang bakal menjadi pemangkin dan pelaksana sifat Wasatiyyah Islamiyyah dalam kehidupan dunia kontemporari secara kreatif dan inovatif.

Bertepatan dengan Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara yang bertujuan menjadikan Malaysia sebagai Hub Pendidikan Tinggi Global, maka tertubuhnya SEG akan menyerlahkan potensi negara di peringkat antarabangsa dalam menyumbang ke arah penawaran program-program pendidikan akademik dan penyelidikan inovatif yang berorientasikan misi Wasatiyyah Islamiyyah dalam segenap dimensi pengajaran, pembelajaran dan penyelidikannya.

Sesungguhnya SEG komited terhadap perlaksanaan sistem pendidikan tinggi kontemporari Ahlu Sunnah wal Jama’ah yang didasari oleh pendekatan makrifah dan mahabbah sebagai model Wasatiyyah Islamiyyah abad ke-21 dari Malaysia kepada masyarakat global.