Jawatan Kosong

Kekosongan Jawatan Di Sekolah Tinggi Islam As Sofa

Semua yang berkelayakan diperlukan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

  1. PENYELIA DEWAN MAKAN

    • KELAYAKAN
    • Warganegara Malaysia
    • Diploma dalam Pengurusan Hotel & Katering/bidang yang berkaitan
    • Berumur 25 tahun ke atas
    • Islam dan Solat 5 waktu
    • Pengalaman 3 tahun dalam menguruskan kantin/restoran dan staf dengan baik
    • 1 Kekosongan

    • BIDANG TUGAS
    • Berbincang dengan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk memilih menu yang bersesuaian yang diperlukan untuk pelajar dan jumlah masakan yang mencukupi pada satu-satu masa. Semua hidangan baru berada dalam lingkungan kos yang menguntungkan dan menentukan harga hidangan tersebut.
    • Menghitung keperluan bekalan masakan yang mencukupi untuk menu harian yang telah di tetapkan.
    • Menduga tara jumlah bahan masakan dan minuman yang perlu untuk harian dan membuat pesanan yang awal pada pembekal.
    • Memeriksa bekalan yang dihantar oleh pembekal untuk kuantiti, kesegaran dan kualiti bahan bekalan.
    • Mengaturkan jadual baik-pulih dan penyenggaraan peralatan kafeteria .Hubungi segera kontraktor untuk baik pulih peralatan yang rosak.
    • Menyelia dapur dan kawasan kaunter luar untuk memastikan penyediaan makanan dilakukan secara bersih, betul dan cukup kuantitinya.
    • Menentukan semua peralatan hidangan makanan seperti talam (tray), cawan, pinggan dan sudu-garpu sentiasa mencukupi dan dalam keadaan bersih.
    • Menyelesaikan segala masalah dan rungutan pelanggan dengan cara professional.tentukan prinsip dan polisi“Customers Always Right”.
    • Mengawal selia semua pekerja bawahannya menjalankan tugas dengan sempurna dan tingkah laku terhadap pelanggan mengikut prosedur yang ditentukan syarikat.
    • Menentukan kedatangan pekerja direkodkan dengan teratur dan serahkan rekod pada bahagian kewangan setiap hujung bulan. Semua kerja lebih masa perlu dicatitkan.

  2. TUKANG MASAK

    • KELAYAKAN
    • Warganegara Malaysia
    • Mempunyai kelulusan dalam bidang Basic Cookery / Basic Food and Beverage Services. Mempunyai kelulusan yang lebih tinggi dalam bidang tersebut adalah kelebihan.
    • Telah berkhidmat selama 3 – 5 tahun sebagai Tukang Masak
    • Kelayakan tambahan dalam bidang masakan dan boleh memasak berbagai hidangan adalah kelebihan.
    • Berumur 25 tahun ke atas
    • Islam dan Solat 5 waktu
    • 2 Kekosongan (Lelaki & Perempuan)

    • BIDANG TUGAS
    • Bertanggungjawab dan menyediakan laporan berkaitan kepada Penyelia Dewan Makan.
    • Menyediakan makanan / minuman untuk penuntut-penuntut sekolah / asrama pada waktu yang telah ditetapkan.
    • Bertanggungjawab untuk memastikan hidangan yang diberikan kepada penuntut itu memuaskan dan selamat serta berusaha untuk meningkatkan kualiti dan mempelbagaikan resepi makanan yang dihidangkan.
    • Bertanggungjawab ke atas keselamatan dan kebersihan bilik dapur, alat perkakas dapur dan pinggan mangkuk serta menyusunnya di tempat yang disediakan dengan sempurna setiap kali selesai digunakan.
    • Melaporkan segala kekurangan dan kerosakan alat-alat perkakas dapur kepada Ketua Tukang Masak atau kakitangan kanan sekolah.
    • Membantu untuk menyediakan dan menyemak tuntutan rancangan permakanan sekolah dan ‘delivery order’.
    • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.

  3. PEMBANTU TUKANG MASAK

    • KELAYAKAN
    • Warganegara Malaysia
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (keutamaan kepada calon yang lulus subjek Ekonomi Rumah Tangga pada peringkat peperiksaan tersebut).
    • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
    • Islam dan Solat 5 waktu
    • 4 Kekosongan (Lelaki & Perempuan)

    • BIDANG TUGAS
    • Memilih, memeriksa dan mengasingkan makanan basah/mentah dan kering mengikut arahan penyelia yang menerima bekalan makanan daripada pembekal.
    • Menyimpan makanan dalam stor,chiller dan freezer mengikut tatacara penyimpanan.
    • Melaksanakan pra-penyediaan makanan, pembungkusan dan membersihkan peralatan dan kawasan.
    • Menyediakan makanan dalam masa yang telah ditetapkan.

Segala pertanyaan sila hubungi Siti Zaharah Nuhin di talian 06-7626691 atau hantarkan permohonan ke Pejabat Urusan Kumpulan Pendidikan sofa di alamat Blok B, Jalan Dataran Sentral 3, Dataran Sentral, 70200 Seremban atau emelkan kepada szaharah@seg.edu.my