AKTIVITI AS SOFA



Majlis Khatam Al Qur'an & Haul Al Imam As Sayyid Muhammad As Syarif As Sanusi

SEREMBAN, 21 JUN - Pada pagi 26 Ramadhan 1438H yang berbahagia hari ini, telah berlangsungnya Majlis Khatam al Quran peringkat Tahfiz Rendah As Sofa. Seramai 15 orang murid dari kalangan kelas Kuttab As Sofa telah berjaya mengkhatamkan bacaan 30 juzuk al Quran sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini.

Selain itu, Yayasan Sofa & pihak sekolah juga turut mengambil kesempatan untuk menyampaikan sumbangan kepada beberapa orang pelajar yang tergolong dalam kalangan anak-anak yatim dan keluarga yang kurang berkemampuan bersempena menjelangnya lebaran Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Program ini merupakan Program yang ditaja & diberikan bantuan penuh oleh Yayasan Sofa bagi memastikan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Semoga usaha kecil ini diredhai oleh Allah SWT dan dapat meningkatkan syiar Islam atas permukaan bumi ini, insyaallah.

Majlis Khatam Al Qur'an & Haul Al Imam As Sayyid Muhammad As Syarif As Sanusi'

Majlis Takrim Al-Huffaz, Nuzul Al Qur'an & Penghayatan Badar Al Kubra

REMBAU 11 JUN 2017 - Yayasan Sofa Negeri Sembilan (YSNS) komited dan tidak pernah jemu untuk melahirkan penghafaz al-Quran yang mampu mencintai, memahami dan mengekalkan pembacaan dan hafazan sepanjang hayat.

Ekoran itu, YSNS melalui Kumpulan Pendidikan As Sofa (SEG) hari ini telah meraikan seramai 35 pelajar di bawah institusinya yang berjaya menghafaz seluruh isi kandungan al-Quran pada majlis Takrim Huffaz As Sofa sempena sambutan Nuzul al-Quran pada bulan Ramadan.

Pengarah program Takrim al-Huffaz 2017, Ustaz Mohd. Khuzairi Yusoff berkata, pada majlis itu, mereka turut meraikan 77 alumni huffaz As Sofa yang telah mengkhatamkan al-Quran sejak 2010 hingga 2016.

Katanya, selain menghafal al-Quran, menjadi kewajipan kepada para huffaz untuk mengenali dan mencintai Rasulullah SAW yang menjadi wasilah utama sampainya al-Quran kepada umat Islam.

"Tahniah kepada ibu bapa di atas kejayaan anak-anak kita yang berjaya mengkhatamkan hafalan masing-masing. Ini menandakan kepercayaan semua kepada institusi pendidikan As Sofa sebagai peneraju Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sangat komited memastikan para penuntut ilmu diletakkan pada tempat selayaknya sesuai dengan kedudukan mereka," katanya ketika berucap pada majlis itu di Sekolah Tinggi Islam As Sofa @ Zawiyah Muhammadiyyah di sini hari ini.

Tambahnya, kejayaan para pelajar menghafal keseluruhan isi kandungan al-Quran sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah (al-Quran) dan selalu melaksanakan solat dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepadanya dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi, agar Allah menyempurnakan pahalanya kepada mereka dan menambahkan kurniaanNya. Sungguh, Allah Maha Mengampuni, Maha Mensyukuri (Fathir:29-30).

Sementara itu, Yang Teramat Mulia Dato' Lela Maharaja Dato' Muhamad Sharip bin Haji Othman, Undang Luak Rembau turut menyampaikan anugerah khas Takrim Huffaz al Quran, Syakir Basiluddin Shamsul Bahrain membawa pulang ensiklopedia al Muhaddith Sayyid Abdullah Ibn Al Siddiq al Ghumari. Beliau menghafal 30 juzuk al Quran dalam tempoh 6 bulan. Hadir sama YBhg Dato' Haji Muhammad Fuad bin Kamaludin, Pengerusi Kumpulan Pendidikan As Sofa (SEG) dan YAA Datuk Hj Mohd Shukor Sabudin, Ketua Hakim Syarie Negeri Sembilan.

Penganjuran Takrim al Huffaz itu bertujuan untuk memuliakan penghafal al-Quran dan mengajak umat Islam meletakkan mereka di tempat yang tinggi dalam masyarakat.

Di samping itu, ia turut menjadi pendorong kepada pelajar dan huffaz (penghafal) supaya lebih bersungguh-sungguh menghafal dan menjaga hafalan mereka.

SEG menekankan aspek penghafalan al-Quran serta memahami isi kandungan al-Quran. Itu adalah asas pendidikan di seluruh rangkaian pendidikan SEG.

Program itu juga adalah untuk membentuk pelajar cemerlang dalam hafazan al-Quran, selain memantapkan dalam ilmu berkaitan al-Quran.

Sebagai ahli al-Quran, hendaklah kita semua menjaga peradaban, jangan dilupakan bacaan dan hafalannya selepas kita menghafal. Pastikan itu sentiasa menjadi bait-bait yang dilafazkan daripada mulut mereka.

Dalam masa sama, beliau menjelaskan, SEG sentiasa memberi pengiktirafan kepada penghafal al-Quran dengan niat untuk membesarkan keagungan Allah kerana mereka merupakan syiar agama Islam.

Objektif penganjuran Takrim al-Huffaz 2017 itu bertujuan untuk memuliakan penghafaz al-Quran dan mengajak umat Islam meletakkan mereka di tempat yang tinggi dalam masyarakat.

Kami berharap golongan huffaz al-Quran ini akan mengambil peranan sebagai pemegang amanah Allah sekali gus mampu menjadi penggerak kepada tajdid umat Islam yang berlandaskan acuan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Majlis Takrim Al-Huffaz, Nuzul Al Qur'an & Penghayatan Badar Al Kubra'

Haul Ummul Mukminin Sayyidah Khadijah Al Kubra

Sejak 20 tahun dakwah Dato' Haji Muhammad Fuad bin Kamaludin, As Sofa sentiasa konsisten menyambut Haul Sayyidah Khadijah al Kubra pada setiap tahun dalam bulan Ramadhan. Bahkan, As Sofa merupakan organisasi pertama yang menganjurkan sambutan Haul Sayyidah Khadijah al Kubra di Malaysia.

Sayyidah Khadijah al Kubra merupakan seorang wanita yang sempurna kerana beliau tidak pernah menyakiti hati Rasulullah SAW. Beliau merupakan hartawan yang paling kaya di Makkah al Mukarramah sebelum mengahwini Rasulullah SAW. Setelah berkahwin dengan Rasulullah SAW, beliau menyangga perjuangan dakwah Rasulullah SAW, dengan menyerahkan keseluruhan hartanya sehingga beliau menjadi paling faqir semasa kewafatannya.

Setiap umat Islam yang mendakap nikmat Islam pada hari ini wajar berterima kasih kepada Ummul Mukminin Sayyidah Khadijah kerana tersebarnya Islam disebabkan modal harta yang diinfakkan oleh beliau.

Islam bermula dengan dokongan wanita (Sayyidah Khadijah) dan berakhir pada pangkuan wanita. (Sayyidah Aisyah).

Kemuncak majlis dihadiri dan tausiyyah khas disampaikan Dato' Haji Muhammad Fuad bin Kamaludin (Pengerusi Kumpulan Pendidikan Sofa yang juga Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Pengerusi Jawatankuasa Akidah MAINS dan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan). Hadir sama YAA Datuk Hj Mohd Shukor Sabudin, Ketua Hakim Syarie Negeri Sembilan.

Haul Ummul Mukminin Sayyidah Khadijah Al Kubra'

Haul Al Imam Al Kabir Sayyid Ahmad Ibn Abdul Qadir Al Rifi Al Hasani

Sempena kewafatan al Imam al Kabir Sayyid Ahmad ibn Abdul Qadir al Rifi pada 9 Ramadhan, suatu program haul telah dianjurkan oleh Tarekat al Muhammadiyyah al Sanusiyyah al Idrisiyyah bagi mengenang dan memperingati ketokohan salah seorang pembesar ikhwan yang telah mewakafkan diri dan kehidupannya berkhidmat kepada tarekat yang mulia ini.

Al Imam al Kabir Sayyid Ahmad ibn Abdul Qadir al Rifi merupakan seorang insan yang telah mempersembahkan sebesar-besar khidmat kepada para penghulu Sanusiyyah selama 66 tahun.

Beliau telah mencurahkan khidmat bakti kepada tarekat ini sejak berumur 20 tahun sehingga merentasi tiga peringkat zaman kegemilangan Sanusiyyah.

1) Era al Imam al Akbar Sayyid Muhammad ibn Ali as Sanusi yang merupakan guru mursyid beliau.

2) Era al Imam Sayyid Muhammad al Mahdi dan al Imam Sayyid Muhammad al Syarif

3) Era al Mujahid al Imam Sayyid Ahmad al Syarif

Kedudukan beliau dalam arena kewalian telah digambarkan oleh al Imam Sayyid Muhammad al Mahdi melalui kata-katanya:

Kalaulah bukan kerana cahaya Sayyid Ahmad al Rifi itu diselindungi oleh cahaya gurunya (al Imam al Sanusi), nescaya kemasyhurannya mencapai seumpama wali2 besar terdahulu.

Bahkan, beliau telah melengkapkan diri dengan ilmu syariat (menjadi ulama') sebelum menisbahkan diri kepada Tarekat Sanusiyyah lagi.

Manakala, kewibawaan akhlak beliau terserlah melalui kalam gurunya, al Imam Sayyid Muhammad ibn Ali As Sanusi:

"Barangsiapa ingin melihat malaikat yang berjalan di atas permukaan bumi, maka lihatlah pada saudara kami Ahmad al Rifi."

Haul Al Imam Al Kabir Sayyid Ahmad Ibn Abdul Qadir Al Rifi Al Hasani'

Haul Sayyidah Fatimah Az Zahra'

SEREMBAN, 1 Jun Khamis- program Haul Sayyidah Fatimah az Zahra' di Zawiyah Sayyid Muhammad al Mahdi @ Kompleks Islam Assofa Seremban , Dataran Sentral Seremban.

YDP Yayasan Sofa Negeri Sembilan, YBhg. Dato Haji Muhammad Fuad bin Kamaludin menyatakan bahawa sambutan haul ini merupakan julung-julung kalinya dianjurkan di Negeri Sembilan secara khususnya dan Malaysia amnya.

Sesungguhnya, kecintaan kepada Sayyidah Fatimah az Zahra' merupakan suatu yang dituntut dalam agama kerana beliau merupakan ahli keluarga Nabi dan puteri kesayangan Baginda Rasulullah.

Hal ini dinyatakan dalam hadith daripada Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah bahawa Nabi Sollahu Alaihi Wasallam bersabda:

أدبوا أولادكم على ثلاث خصال حب نبيكم وحب أهل بيته وقراءة القرآن

Ajarilah anak-anak kamu dengan tiga perkara : Kecintaan kepada Nabi kamu, kecintaan kepada ahli keluarga Baginda dan membaca al Quran. (Hadith riwayat Imam al Tabarani)

Semoga dengan program seumpama ini dapat menambah pengetahuan kita terhadap keperibadian penyeri jiwa Rasulullah, Sayyidah Fatimah az Zahra'.

Haul Sayyidah Fatimah Az Zahra'

Konvensyen As Sofa
As Sofa Peneraju Ahli Sunnah Wal Jamaah

Khamis, 25 Mei 2017, Kuala Lumpur : Buat julung kalinya Yayasan Sofa telah menganjurkan Konvensyen Warga As Sofa bertempat di Hotel Intercontinental, Kuala Lumpur yang diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Yayasan Sofa, Dato' Haji Muhammad Fuad Bin Kamaludin.

Konvensyen ini telah mencapai objektifnya dengan terhasilnya resolusi yang menetapkan beberapa perkara teras dan keutamaan kepada warga As Sofa dalam perjuangan memartabatkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Kemuncak konvensyen iaitu sesi penggulungan telah disampaikan oleh YDP Yayasan Sofa Negeri Sembilan, Dato Haji Muhammad Fuad Bin Kamaludin yang mengingatkan seluruh warga As Sofa tentang kepentingan ilmu sebagai asas paling utama bagi survival Ahli Sunnah Wal Jamaah dan seterusnya menyeru agar warga As Sofa memperkasakan institusi-institusi di bawah As Sofa.

Konvensyen As Sofa

Majlis Menandatangi Memorandum Perjanjian [MoA]
antara
Kolej Islam As Sofa, Malaysia & Universiti Mohammed V, Maghribi

HARI INI DALAM SEJARAH. Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian antara Kolej Islam As Sofa dan Universiti Mohammed V Maghribi serta pemashyuran Kolej Islam As Sofa sebagai Kolej Ahli Sunnah Wal Jamaah pada 23/05/2017 bersamaan 26 Sya'ban 1438H di Kuala Lumpur.

Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Kolej Islam As Sofa dan Universiti Mohammed V Rabat Maghribi dihadiri Kebawah Kaus Yang Teramat Mulia, Dato Lela Maharaja Dato Haji Muhammad Sharip Bin Haji Othman, Undang Luak Rembau; Presiden Universiti Mohammed V, Dr Saaid Amzazi; Timbalan Datuk Bandar Rabat, Sidi Ibrahim Eljoumani yang juga Yang Dipertua Majlis Daerah Yusufiyyah Maghribi; Presiden Pertubuhan Kerjasama dan Persahabatan Rakyat Maghribi, Hassan Ammari; Pengerusi Kolej Islam As Sofa, Datuk Haji Muhammad Fuad Kamaludin yang juga Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Pengerusi Jawatankuasa Akidah MAINS; Ketua Hakim Syarie NS, Datuk Haji Mohd Shukor Sabudin dan Setiausah Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Haji Kamal Amran Kamarudin.

Dengan termeterainya tandatangan ini, kedua-dua pihak mengukuhkan lagi persetujuan yang telah dicapai sebelum ini bahawa pelajar daripada Kolej Islam As-Sofa boleh menyambung pengajian ke Universiti Mohamed ke-5 tanpa ada had kuota. Di samping beberapa persetujuan dalam bentuk kerjasama akademik serta ziarah pelajar dan pensyarah, Pengerusi Kolej Islam As-Sofa juga telah dianugerahkan dengan kerusi akademik di Universiti Mohamed ke-5.

Pemasyhuran Kolej Islam As Sofa, Kolej Ahli Sunnah Wal Jamaah Pemasyhuran Kolej Islam As Sofa, Kolej Ahli Sunnah Wal Jamaah

Pemasyhuran Kolej Islam As Sofa, Kolej Ahli Sunnah Wal Jamaah

Sebagai institusi pendidikan tinggi Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia, Kolej Islam As Sofa akan sentiasa komited untuk berusaha membina jaringan dengan institusi pendidikan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang terbaik di seluruh dunia Islam demi melahirkan lebih ramai lagi para ilmuan ASWJ yang akan menyumbang ke arah kestabilan, keamanan dan keunggulan Malaysia sebagai negara berbudaya ilmu dan maju.

Pemasyhuran Kolej Islam As Sofa sebagai Kolej Ahli Sunnah Wal Jamaad oleh Kebawah Kaus Yang Teramat Mulia Dato Lela Maharaja Dato Haji Muhammad Sharip bin Haji Othman, Undang Luak Rembau.

Tahniah Kolej Islam As Sofa - Peneraju Pendidikan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Pemasyhuran Kolej Islam As Sofa, Kolej Ahli Sunnah Wal Jamaah Pemasyhuran Kolej Islam As Sofa, Kolej Ahli Sunnah Wal Jamaah

Haul Al Muhaddith Sayyid Abdullah Ibn Muhammad Ibn Siddiq Al-Ghumari Al Hasani & Pelancaran Esklopedia Al Ghumari

Ketokohan al Muhaddith Sayyid Abdullah Siddiq al Ghumari al Hasani tidak dapat disangkal lagi apabila beliau bukan sahaja unggul dalam arena kerohanian ketika mana dilantik menjadi Khalifah Tarekat, bahkan beliau merupakan seorang jaguh ulama' yang membidangi pelbagai bidang keilmuan sehingga dijuluki dengan gelaran al Mutafannin.

Sebagai contoh, keilmuan beliau dalam bidang Nahu (salah satu cabang kesusasteraan Arab) terserlah apabila beliau telah berjaya menghasilkan kitab syarahan Matan al Ajrumiyyah pada usia 20 tahun dengan merujuk kepada puluhan kitab Hasyiah dalam ilmu Nahu. Kitab ini diberi judul:

تشييد المباني لتوضيح ما حوته المقدمة الأجرومية من الحقائق والمعاني

Dalam bidang tafsir pula, beliau telah mengarang kitab Bida' al Tafasir yang menghimpunkan riwayat para ulama' tafsir yang menyimpang dari manhaj tafsir sebenar. Bahkan, sebaik sahaja kitab tersebut disebarkan kepada seluruh dunia, kitab tersebut telah menjadi kitab terawal yang mengupas perbahasan tersebut yang mana tidak pernah dibahaskan oleh para ulama' sebelumnya. Lebih mengagumkan lagi, apabila kitab tersebut dihasilkan oleh beliau ketika mana beliau berada di dalam penjara selama 11 tahun dalam keadaan mempunyai rujukan yang terhad.

Dalam arena kerohanian, beliau merupakan cerminan akhlak nendanya, Baginda Muhammad ibn Abdullah. Pernah suatu ketika, beliau ditawarkan rumah yang besar dan kenderaan beserta pemandunya kerana anak-anak murid beliau mendapati syeikhnya tinggal dalam sebuah bilik yang kecil sahaja. Akan tetapi, beliau menolak tawaran dunia yang datang kepadanya yang sekali gus menggambarkan kepada kita bahawa beliau merupakan seorang ulama' yang beramal dengan ilmu zuhud dan wara' yang dipelajarinya.

Dalam sambutan haul ini juga, seluruh kitab karya al Muhaddith Sayyid Abdullah ibn Siddiq al Ghumari al Hasani yang dihimpunkan dalam sebuah ensiklopedia telah dilancarkan oleh YBhg. Dato' Haji Muhammad Fuad bin Kamaludin, Pengerusi Jawatankuasa Aqidah Majlis Agama Islam Negeri Sembilan di Kolej Islam As Sofa Ampang. Ensiklopedia yang mempunyai 18 jilid kitab ini diberi judul Mausu'ah al Allamah al Mutafannin Sayyid al Syarif Abdullah ibn Muhammad ibn Siddiq al Ghumari al Hasani.

Haul Al Muhaddith Sayyid Abdullah Ibn Muhammad Ibn Siddiq Al-Ghumari Al Hasani & Pelancaran Esklopedia Al Ghumari

Haul Al Imam Al Akbar Sayyid Abdul Wahhab Al Tazi

Haul Al Imam Al Akbar Sayyid Abdul Wahhab Al Tazi

Sambutan Malam Nisfu Sya'ban & Memperingati Peristiwa Pertukaran Arah Kiblat

Sambutan Malam Nisfu Sya'ban

Menelusuri Perjuangan Raja Agung Al 'Arif Billah Sayyid Muhammad Idris Al Mahdi Al Sanusi

Menelusuri Perjuangan Raja Agung Al 'Arif Billah Sayyid Muhammad Idris Al Mahdi Al Sanusi

Haul Al 'Arif Billah Raja Sayyid Muhammad Idris Al Sanusi Al Hasani

Alhamdulillah dengan taufiq dan 'inayah Allah ini, dapat kami anjurkan sedikit program sempena kewafatan tokoh ulama' berpangkat "RAJA" yang terakhir.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pengkhataman al Quran berjemaah dan Forum perdana bicara tokoh berpangkat RAJA. Ahli panel yang terlibat ialah Saudara Omar Arif bin Othman, Saudara Iman Zahin bin Azizi, Saudara Muhammad Nur Safwan bin Md Diah dan moderator program ialah Saudara Shahmi Mirza bin Mohd Senu.

Haul Al 'Arif Billah Raja Sayyid Muhammad Idris Al Sanusi Al Hasani

Majlis Penghayatan Isra' Mi'raj

Majlis Penghayatan Isra' Mi'raj

Majlis Sambutan Isra' Mi'raj & Haul Al Imam Al Akbar Sayyid Ahmad Ibn Idris Al Hasani

Majlis Sambutan Isra' Mi'raj & Haul Al Imam Al Akbar Sayyid Ahmad Ibn Idris Al Hasani

Seminar Tokoh Sufi Al Imam Al Akbar Sayyid Ahmad Ibn Idris Al Hasani

Satu seminar atas nama al Imam al Akbar Sayyid Ahmad ibn Idris al Hasani telah dianjurkan oleh Kolej Islam As Sofa bersama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Tarekat al Muhammadiyyah al Sanusiyyah al Idrisiyyah dan Tarekat al Ja’fariyah al Ahmadiyyah al Muhammadiyyah.

Antara matlamat penganjuran seminar ini adalah untuk mengenengahkan ketokohan seorang ulama’ Sufi yang begitu sinonim dengan rakyat Negeri Sembilan iaitu al Imam al Akbar Sayyid Ahmad ibn Idris al Hasani. Umum masyarakat di Negeri Sembilan telah mengamalkan Tahlil Khusus, Selawat al ‘Azimiyyah dan Istighfar al Kabir yang dipelopori oleh tokoh ulama sufi ini.

Antara pembentang yang menyampaikan pengisian seminar pada kali ini ialah:

1) Al Fadhil Syeikh Dr Syuhadak bin Mahmud (Ahli Majlis Fatwa Jabatan Mufi Negeri Sembilan)

- Tajuk pembentangan: Sumbangan Tokoh di dalam Bidang Keilmuan

2) Al Fadhil Ustaz Zaidi bin Ramli (Ahli Jawatankuasa Turuq Sufiyyah Jabatan Mufti Negeri Sembilan)

- Tajuk pembentangan: Pemerkasaan Ilmu dari Sudut Undang-undang Negeri Sembilan

3) Al Fadhil Ustaz Salahuddin bin Azarai (Pengarah Akademik Institut al Imam Ahmad ibn Idris )

- Tajuk pembentangan: Manhaj Ilmu Terhadap Perkembangan Ilmu Tasawuf

Ucaptama seminar disampaikan oleh YBhg. Dato Haji Muhammad Fuad bin Kamaludin, Pengerusi Jawatankuasa Akidah Majlis Agama Islam Negeri sembilan. Seterusnya, perasmian disempurnakan oleh Yang Berhormat Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Yusof bin Haji Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.

Seminar Tokoh Sufi Al Imam Al Akbar Sayyid Ahmad Ibn Idris Al Hasani

Haul Al 'Arif Billah Sayyid Imran Ibn Barakah

Haul Al 'Arif Billah Sayyid Imran Ibn Barakah

Haul Al 'Arif Billah Sayyid Imran Ibn Barakah

Haul Al 'Arif Billah Sayyid Imran Ibn Barakah