Pengenalan Maahad Tahfiz & Turath Ar-Rasyad (MATTAR) Seremban
MATTAR Seremban merupakan sebuah institusi pendidikan sekolah menengah yang menekankan perkembangan akademik dan sahsiah anak-anak mengikut acuan al-Qur'an dan al-Sunnah yang sahih.
Kami menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif, selamat dan menyeronokkan bagi memastikan setiap pelajar dapat berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, emosi dan spiritual.
Dengan gabungan aktiviti pembelajaran kreatif, program tahfiz dan pengajian Islam, kami berusaha melahirkan generasi yang berilmu, beradab dan kukuh akidahnya.
Mudir
Ustaz Ahmad bin Abdullah
Diploma Pengajian Islam, Syahadah Tahfiz Al-Quran
Hubungi kami
No. 34, Jalan Turath, Taman Ilmu, 70300 Seremban, Negeri Sembilan